Penconteng Aman

Mari Menconteng Bersama Aku

Tuesday, July 24, 2012

Syukur vs Sabar


Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah kita telah pun masuk ke 4 Ramadhan 1433H. Jom semak amal ibadah kita dan bagaimanakah pula akhlaq kita setelah 4 hari berpuasa ni..
Berpuasa selain mendidik kita untuk menjaga pancaindera kita seperti mata, telinga, dan lidah, ia turut melatih kita untuk bersabar. Namun bersabar, menahan sabar dan mempertahankan kesabaran adalah berat buat kebanyakan kita.
Beberapa bulan yg lepas dalam satu kelas Tasawwuf seorang ustaz pernah berkata kepada kami “Sesungguhnya syukur itu lebih mudah berbanding sabar”.
Hmm..bagaimana ya? Melihat wajah kami yang berkerut, ustaz mula memberikan beberapa contoh untuk kami fikirkan. Eh, betul lah. Syukur itu lebih mudah berbanding sabar.

Kebanyakan kita bersabar apabila menerima musibah namun terseksa menahan kesabaran sehingga terzahirlah pada wajahnya yang sedang menderita mempertahankan kesabarannya.
Perkara ini terjadi kerana orang bersabar tanpa REDHA atau pasrah total pada ALLAH..

Cuba kita tukar sabar dengan bersyukur pula..contohnya seorang isteri yang terpaksa tidur bertemankan suami yang kuat berdengkur terpaksa menahan sabar bertahun-tahun selama dia bersama suaminya. Tentu tidak mudah kan?
Namun cuba ubah cara menanganinya – si isteri bersyukur suaminya berdengkur kerana dengan itu sekurang-kurangnya dia tahu suaminya masih hidup. Cuba bayangkan suatu hari dia bangun dari tidur dan dapati suaminya tidak berdengkur lagi?... Nah begitulah indahnya syukur mengatasi sabar.
Bagaimanakah mendidik diri untuk bersyukur:
1.       Dengan mengUBAH CARA kita MELIHAT musibah daripada  ujian kepada didikan dan pengajaran dari Allah (Pak Selamat Oetomo, Banyuwangi)
2.       Dengan bersangka baik terhadap orang lain
3.       Perhatikan betul2 dan cari sebanyak mungkin peluang untuk kita belajar + membuat pahala dari situasi tersebut
4.       Semak talian anda! Get connected to Allah at all times ^_^ . Bila kita selalu ‘ON’ ke Allah, hati terdidik dengan ilham taqwa, syukur  (Pn Nora Konsultan Fauzul Azim)
5.       Dengan redha atau pasrah total pada Allah kerana setiap sesuatu itu berlaku tidak memerlukan asbab tapi berlaku bila Allah mahukannya. Kita mampu bersyukur atau bersabar juga kerana Allah yang memampukan kita (Prof Dr Wan Maseri, Tmn Melawati)
6.       Membersihkan hati..hanya hati yang bersih sahaja dapat buat perkara-perkara di atas ini InsyaAllah


Mari kita renungi mutiara kata ini:

Bersyukurlah pada orang yang menyakitimu kerana dia menabahkan hatimu

Bersyukurlah pada orang yang menipumu kerana dia meningkatkan pengetahuanmu

Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dia memupukmu untuk berdikari

Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dia memperhebatkan kredibilitimu

Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah yang menguji kesabaranmu

Okay selamat beramal..sambil beribadat kita teruskan berdoa pada Allah agar menjadi hamba yang ikhlas dan istiqamah..

Salam Ramadhan al Mubarak
Penconteng Aman
4 Ramadhan 1433H


No comments: