Penconteng Aman

Mari Menconteng Bersama Aku

Tuesday, July 24, 2012

Syukur vs Sabar


Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah kita telah pun masuk ke 4 Ramadhan 1433H. Jom semak amal ibadah kita dan bagaimanakah pula akhlaq kita setelah 4 hari berpuasa ni..
Berpuasa selain mendidik kita untuk menjaga pancaindera kita seperti mata, telinga, dan lidah, ia turut melatih kita untuk bersabar. Namun bersabar, menahan sabar dan mempertahankan kesabaran adalah berat buat kebanyakan kita.
Beberapa bulan yg lepas dalam satu kelas Tasawwuf seorang ustaz pernah berkata kepada kami “Sesungguhnya syukur itu lebih mudah berbanding sabar”.
Hmm..bagaimana ya? Melihat wajah kami yang berkerut, ustaz mula memberikan beberapa contoh untuk kami fikirkan. Eh, betul lah. Syukur itu lebih mudah berbanding sabar.

Kebanyakan kita bersabar apabila menerima musibah namun terseksa menahan kesabaran sehingga terzahirlah pada wajahnya yang sedang menderita mempertahankan kesabarannya.
Perkara ini terjadi kerana orang bersabar tanpa REDHA atau pasrah total pada ALLAH..

Cuba kita tukar sabar dengan bersyukur pula..contohnya seorang isteri yang terpaksa tidur bertemankan suami yang kuat berdengkur terpaksa menahan sabar bertahun-tahun selama dia bersama suaminya. Tentu tidak mudah kan?
Namun cuba ubah cara menanganinya – si isteri bersyukur suaminya berdengkur kerana dengan itu sekurang-kurangnya dia tahu suaminya masih hidup. Cuba bayangkan suatu hari dia bangun dari tidur dan dapati suaminya tidak berdengkur lagi?... Nah begitulah indahnya syukur mengatasi sabar.
Bagaimanakah mendidik diri untuk bersyukur:
1.       Dengan mengUBAH CARA kita MELIHAT musibah daripada  ujian kepada didikan dan pengajaran dari Allah (Pak Selamat Oetomo, Banyuwangi)
2.       Dengan bersangka baik terhadap orang lain
3.       Perhatikan betul2 dan cari sebanyak mungkin peluang untuk kita belajar + membuat pahala dari situasi tersebut
4.       Semak talian anda! Get connected to Allah at all times ^_^ . Bila kita selalu ‘ON’ ke Allah, hati terdidik dengan ilham taqwa, syukur  (Pn Nora Konsultan Fauzul Azim)
5.       Dengan redha atau pasrah total pada Allah kerana setiap sesuatu itu berlaku tidak memerlukan asbab tapi berlaku bila Allah mahukannya. Kita mampu bersyukur atau bersabar juga kerana Allah yang memampukan kita (Prof Dr Wan Maseri, Tmn Melawati)
6.       Membersihkan hati..hanya hati yang bersih sahaja dapat buat perkara-perkara di atas ini InsyaAllah


Mari kita renungi mutiara kata ini:

Bersyukurlah pada orang yang menyakitimu kerana dia menabahkan hatimu

Bersyukurlah pada orang yang menipumu kerana dia meningkatkan pengetahuanmu

Bersyukurlah pada orang yang tidak mengendahkanmu kerana dia memupukmu untuk berdikari

Bersyukurlah pada orang yang menjatuhkanmu kerana dia memperhebatkan kredibilitimu

Bersyukurlah pada orang yang menyeksamu kerana dialah yang menguji kesabaranmu

Okay selamat beramal..sambil beribadat kita teruskan berdoa pada Allah agar menjadi hamba yang ikhlas dan istiqamah..

Salam Ramadhan al Mubarak
Penconteng Aman
4 Ramadhan 1433H


Friday, December 30, 2011

Waktu Solat Kuala Lumpur, Putrajaya 2012

Assalamualaikum..

Ana doakan sahabat2 semua sihat dan mengisi masa hujung minggu dengan bijak sebelum menjelangnya tahun baru masihi, 2012.

31 . 12 . 2012

hari ni hari terakhir bagi tahun 2011.

antara persiapan yg biasa ana lakukan untuk memasuki tahun baru ialah mendapatkan takwim solat..Alhamdulillah, dah available dan boleh dapatkan di sini:

http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/JadualWaktuSolatWPPjaya2012.pdf

and i believe ada banyak lagi sumber2 yang lain.

let's save this and make it as our wallpaper (that's what i do ^_^). change accordingly every month lah ye. OK take care.

Marilah selesaikan apa yg pnah kita rancangkan pd hujung tahun lepas sebelum berakhirnya hari ini.

Salam tahun baru 2012. mari perbaiki n perkemaskan ibadat kita.

wassalam

~Uhibbukum fillah~

Monday, November 7, 2011

Kenangan Cinta Yang Terjaga

Hari tu ana baru balik dari office..

keluar dr parking baru turn on radio sbb kt basement mmg xdpt frekuensi tu. mcm biasa 91.50 ^_^

Jam masa tu +- 8pm lebih dan azan isyak pun berkumandang..tetiba lalu sebuah mini car (bukan mini cooper) ditepi ana dan overtake my mini car (also not mini cooper). drivernya pakai kopiah.tetiba terlintas di hati "hmm agaknya dia ni nk pegi masjid kan.." hehe datanglah idea nakal nk follow muslimin ni. kenapa entah.nk tau betul ke dia nk ke masjid. so ana pun follow lah dia.follow rapat2. tp rasanya dia xperasan kot. Kalau dia perasan pun ape boleh buat kn.

Ingat kan dia nk g masjid bangsar tu. tapi x, lepas traffic light kt simpang ke jln maarof tu dia terus je. Okay, xpe maybe dia g masjid lain kot.. follow lagi..sampailah ana tersedar..
"ape sbnarnya yg aku buat ni ya Allah?" dgn minyak keta dh blinking (almost E). dgn keje umah yg masih belum selesai sbb baru pindah umah. dan perbuatan ana tu sendiri..ee teruknya..

btw, di sini ada berita gembira utk muslimat yg belum berkahwin. insyaAllah, jika niat kita lillahi Taala..Allah akan permudahkan utk kita. Akan dileraikan kekusutan kita. Akan ditunjukkanNya jalan keluar kepada kita..

http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/10/ya-allah-sampaikan-aku-padanya.html?spref=fb 

kita semua berpotensi menjadi AGEN BAHAGIA utk keluarga dan ummah..

Salam Sayang,
Penconteng Aman

Monday, May 30, 2011

Sakaratul Maut Bhg II , Tanyalah Ustaz @ TV9 (siaran ulangan)

Ana terlambat buka tv tadi so separuh jalan je..penyampainya Ustaz Hasan Din al Hafidz tentang saat menghadapi SAKARATUL MAUT..

Jika di saat sakaratul maut:
1.Dahi berpeluh
2.Mata bergenang air mata
3.Mengalir air jernih keluar dr hidungnya

Itu adalah rahmat yg Allah turunkan kepadanya..

Namun jika
1.Berdengkur spt lembu terjerut
2.Lebam mukanya
3.Berbuih mulutnya

Tandanya azab Allah turun ke atasnya..

INGAT, ajarkanlah org yg menghadapi sakaratul maut itu dengan kalimah ‘Laailahaillah..’kerana saat inilah syaitan berusaha bersungguh-sungguh menyesatkan manusia. jika masa hidupnya dia xpernah tergoda dgn pujuk rayu syaitan, belum tentu dia terlepas sewaktu saat akhir hidupnya..

Tuesday, May 10, 2011

I need YOU..


Ya Allah..berikan aku bahagia meneruskan sisa2 kehidupanku.sentiasa taat dan ikhlas padaMu. wahai aku, perbetulkan lah niatmu. Allah Maha Tahu..
Di sini..di tempat aku menconteng..aku fikir aku bisa rasa lega bila dpt meluahkan segala yg terbuku di hatiku. Namun ternyata kelegaan yg hakiki aku perolehi bila aku dapat berbicara dan mengadu padaMu di sepertiga mlm ya Allah..tentulah begitu kerana Engkau Maha Mengetahui segala isi hatiku..ya Allah yg memiliki hati ini, Kau peliharalah ia agr tetap mengingatiMu..agar sentiasa ikhlas terhadapMu..ampunkan hambaMu yg jahil lg degil ini ya Allah..

ya Allah..aku diberitahu mati itu pasti. malah bila sampai waktunya ia tidak akan sesaat lewat atau sesaat awal. semoga aku mati dalam iman dalam keadaan aku beroleh redhaMu.

ya Allah..meniti sisa2 hidupku, aku butuh keredhaanMu. hanya dariMu.. terbit persoalan ini.. "layakkah aku??"

ya Allah, bukakan pintu hatiku jika ternyata ia masih tertutup,
ya Allah, bersihkan hatiku yg kotor ini,
ya Allah, lembutkan hatiku yg keras ini,
ya Allah, terangkan hatiku yg gelap ini dengan nur hidayah dan taufikMu..

aku malu berkata aku sayang padaMu.."jgn berani bicara cinta kerna cinta butuh bukti" terngiang2 lagi kata2 seorg ustazah anak murid Habib Umar semalam..

Bantu aku ya Allah..permudahkan aku ya Allah..Ar Rahman Ar Rahim..