Ramadhan Kareem...
Alhamdulillah kita telah pun
masuk ke 4 Ramadhan 1433H. Jom semak amal ibadah kita dan bagaimanakah pula
akhlaq kita setelah 4 hari berpuasa ni..
Berpuasa selain mendidik kita
untuk menjaga pancaindera kita seperti mata, telinga, dan lidah, ia turut
melatih kita untuk bersabar. Namun bersabar, menahan sabar dan mempertahankan
kesabaran adalah berat buat kebanyakan kita.
Beberapa bulan yg lepas dalam
satu kelas Tasawwuf seorang ustaz pernah berkata kepada kami “Sesungguhnya
syukur itu lebih mudah berbanding sabar”.
Hmm..bagaimana ya? Melihat wajah kami yang berkerut, ustaz mula memberikan beberapa contoh untuk kami fikirkan. Eh, betul lah. Syukur itu lebih mudah berbanding sabar.
Kebanyakan kita bersabar apabila menerima musibah namun terseksa menahan kesabaran sehingga terzahirlah pada wajahnya yang sedang menderita mempertahankan kesabarannya.
Perkara ini terjadi kerana orang bersabar tanpa REDHA atau pasrah total pada ALLAH..
Cuba kita tukar sabar dengan bersyukur pula..contohnya seorang isteri yang terpaksa tidur bertemankan suami yang kuat berdengkur terpaksa menahan sabar bertahun-tahun selama dia bersama suaminya. Tentu tidak mudah kan?
Namun cuba ubah cara menanganinya – si isteri bersyukur suaminya berdengkur kerana dengan itu sekurang-kurangnya dia tahu suaminya masih hidup. Cuba bayangkan suatu hari dia bangun dari tidur dan dapati suaminya tidak berdengkur lagi?... Nah begitulah indahnya syukur mengatasi sabar.

Bagaimanakah mendidik diri untuk
bersyukur:
1. Dengan
mengUBAH CARA kita MELIHAT musibah daripada ujian kepada didikan dan pengajaran dari Allah
(Pak Selamat Oetomo, Banyuwangi)
2. Dengan
bersangka baik terhadap orang lain
3. Perhatikan
betul2 dan cari sebanyak mungkin peluang untuk kita belajar + membuat pahala
dari situasi tersebut
4. Semak
talian anda! Get connected to Allah at all times ^_^ .
Bila kita selalu ‘ON’ ke Allah, hati terdidik dengan ilham taqwa, syukur (Pn Nora Konsultan Fauzul Azim)
5. Dengan
redha atau pasrah total pada Allah kerana setiap sesuatu itu berlaku tidak
memerlukan asbab tapi berlaku bila Allah mahukannya. Kita mampu bersyukur atau
bersabar juga kerana Allah yang memampukan kita (Prof Dr Wan Maseri, Tmn
Melawati)
6. Membersihkan
hati..hanya hati yang bersih sahaja dapat buat perkara-perkara di atas ini
InsyaAllah
Mari kita renungi mutiara kata
ini:
Bersyukurlah pada orang yang
menyakitimu kerana dia menabahkan hatimu
Bersyukurlah pada orang yang
menipumu kerana dia meningkatkan pengetahuanmu
Bersyukurlah pada orang yang
tidak mengendahkanmu kerana dia memupukmu untuk berdikari
Bersyukurlah pada orang yang
menjatuhkanmu kerana dia memperhebatkan kredibilitimu
Bersyukurlah pada orang yang
menyeksamu kerana dialah yang menguji kesabaranmu
Okay selamat beramal..sambil beribadat kita teruskan berdoa pada Allah agar menjadi hamba yang ikhlas dan istiqamah..
Salam Ramadhan al Mubarak
Penconteng Aman
4 Ramadhan 1433H